Kelayakan Anwar sebagai Perdana Menteri Isu Pakatan Rakyat tubuh kerajaan 2008

Pemimpin Barisan Nasional termasuk dari Sabah dan Sarawak berkampung di Permatang Pauh bagi memastikan mimpi bakal Perdana Menteri PR itu tidak menjadi kenyataan.

Sejak awal lagi Anwar Ibrahim merupakan satu-satunya musuh Barisan Nasional yang perlu dijatuhkan. Anwar digambarkan bukanlah bersih sangat kerana beberapa sahabat beliau keluar dari PKR. Antaranya ialah Roslan Kassim, Ezam Mohd Noor, Datuk Nallakaruppan, dan lain-lain.

Anwar yang mendapat sokongan ulama didakwa kononnya terbabit dengan jenayah seks - liwat. Mohd Saiful Bukhari Azlan sanggup mengangkat sumpah laknat sedangkan Anwar enggan melakukannya kerana berpendapat cara ini melanggar ajaran agama Islam. Najib Tun Razak juga bersumpah tidak rasmi bahawa beliau tidak mengenali Altantuya. Begitu juga Datuk Tajul Rosli Ghazali bersumpah bahawa beliau bukan perancang penangkapan 2 exco PKR di Perak.

Wujud Anwarfobia di mana-mana lalu keratan akhbar masa lalu dijaja semula. Khairy Jamaluddin mendakwa Anwar Ibrahim mempertahankan dasar tidak membenarkan bukan Bumiputera masuk ke dalam UiTM ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri. Sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor mahu UITM dibuka kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa sebagaimana UIAM. Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mencadangkan 10 % pelajar UITM terdiri daripada bukan Bumiputera.